Fisheries News


Thursday, July 09, 2009
Sambutan Hari Peladang,Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2009 Di Sandakan[ HPPNS ]

SANDAKAN : Hari Penternak Peladang Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah [ HPPNS ] 2009 telah dengan rasminya ditutup pada 5 Julai bersamaan hari ahad oleh Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah YB.Datuk Bobbey A.Suan yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah YB. Datuk Seri Penglima Datuk Haji Yahya Hussein. Sambutan selama 4 hari yang bermula dari 2 hingga 5 Julai 2009 ini telah mempamirkan pelbagai innovasi dan teknologi dalam pengeluaran makanan seperti pengurusan tamanan, penternakan dan Perikanan. < BR>
Dalam ucapan penutupnya YB. Menteri menggesa agar para Penternak, Peladang Dan Nelayan mencari kaedah-kaedah untuk produk nilai tambah yang dapat menjana lagi pengeluaran dan pendapatan mereka. Beliau juga mengharapkan agar sambutan selama 4 hari ini dapat menjadi anjakan paradigma disamping mempelajari teknik-teknik modern yang boleh membantu mereka meningkatkan lagi mutu pengeluaran dan seterusnya dapat mengeksport produk-produk yang berkualiti keperingkat global.

Sambutan HPPNS pada tahun ini disertai oleh 78 gerai dimana 18 diperuntukan kepada Jabatan dan agensi Kerajaan sementara 60 lagi kepada sektor swasta. Jabatan Perikanan Sabah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Gerai Pameran bagi kategori sektor Kerajaan sementara Naib Johan disandang oleh Jabatan Pertanian Sabah dan tempat ketiga ialah Lembaga Industri Getah Sabah[ LIGS ]. Turut hadir dimajis penutup ini ialah Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah YB. Datuk Hj. Musbah Jamli, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Hj.Ujang Selani, Timbalan Presiden Majis Perbandaran Sandakan Tuan Haji A.B.M. Fajeer yang mewakii Presiden selaku Pengerusi bersama sambutan, Pengarah- Pengarah Jabatan di bawah Kementerian. Encik Mohd Nazri Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah dan Pengerusi-Pengerusi agensi dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.


Monday, April 27, 2009
PERASMIAN PROGRAM BUMI HIJAU DAERAH SANDAKAN

SANDAKAN: Kempen Bumi Hijau [ Green Earth Campaign ] Daerah Sandakan telah mencapai kemuncaknya apabila pelancaran perasmiannya telah dilakukan oleh YAB. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada 27 April 2009 yang lalu di kawasan kejiranan Taman Fajar, Bt 7 Jalan Airport dekat sini.

Dalam ucapannya Ketua Menteri memberitahu bahawa Kerajaan mahu menggalakkan rakyat melakukan sendiri aktiviti pertanian bagi memenuhi keperluan makanan harian. Bercucuk tanam,menternak ternakan dan memelihara ikan di sekitar rumah atau atas tanah terbiar yang berhampiran mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian. " Edible Lanscape " atau kitchen garden seperti ini bukanlah perkara baru malah sudah diamalkan oleh generasi dulu walaupun dalam konteks yang lebih tradisional. Beliau berharap tanaman makanan, ternakan ikan dan unggas akan dijadikan kegiatan yang aktif. Beliau juga mengingatkan masyarakat agar mempraktikkan Amalan Pertanian Baik dengan mengeluarkan produk berkualiti serta selamat dimakan.

Melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, program kempen Bumi Hijau yang dimulakan sejak 2008, sudah disertai seramai 24,722 orang dari seluruh negeri. Dari jumlah itu seramai 23,000 terbabit dalam aktiviti tanaman, 1,360 aktiviti ternakan dan 362 perikanan. Seramai 1,309 peserta pula datangnya dari Daerah Sandakan. Sebanyak RM3.20 juta turut diperuntukkan untuk membiayai kempen itu yang disalurkan kepada jabatan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan sejak 2008. Dalam kata-kata aluannya Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Ir. James Wong selaku Pengerusi kempen bagi Daerah Sandakan, semangat Bumi Hijau menerusi program 'Tagal Bumi Hijau 'akan diperluaskan melalui usaha mewujudkan kawasan Taman Mini Ala Pertanian di setiap kawasan perumahan di Daerah ini.

Menurut beliau, konsep tagal yang diketengahkan itu merupakan konsep tagal pertanian tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran yang akan memberikan hasil kepada mereka yang menyertai program itu. Beliau turut mengambil kira status bandar Sandakan yang menerima jolokan Bandar Alam Semulajadi di mana program 'Tagal Bumi Hijau ' boleh menterjemahkan jolokan itu menjadi realiti. Turut hadir di majlis perasmian ini ialah Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Penglima Haji Yahya Hussin, Pembantu-Pembantu Menteri, Menteri Belia Dan Sukan Datuk Peter Pang En Yin, Setiausaha Tetap KPIM Sabah, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Ir. James Wong, Pengarah Pertanian, Pengarah Perikanan, Pengarah Haiwan & Perusahaan Ternak dan dif-dif jemputan yang lain.


Tuesday, July 08, 2008
Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah Melawat Daerah Sandakan

YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan bergambar dengan anggota penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah sempena lawatan beliau ke Pejabat Perikanan Sandakan yang baru.

 


 

Copyright © 1999-2007 by Department of Fisheries Sabah, Malaysia.
All rights reserved.